6
Bahasa InggerIs
JABRA ARROW
BagaIMana unTuK
Menjawab panggilan
- Ketik butang jawab/tamat pada set kepala anda untuk menjawab
panggilan.
Menamatkan panggilan
- Ketik butang jawab/tamat untuk menamatkan panggilan aktif.
Menolak panggilan*
- Tekan butang jawab/tamat semasa telefon berdering untuk
menolak panggilan masuk. Bergantung kepada seting telefon
anda, orang yang anda hubungi akan sama ada dibawa ke mel
suara atau akan mendengar isyarat sibuk.
Membuat panggilan
- Apabila anda membuat panggilan dari telefon mudah alih
anda, panggilan akan (tertakluk kepada seting telefon) secara
automatik dipindahkan ke alat dengar anda. Jika telefon anda
tidak membenarkan ciri ini, ketik pada butang jawab/tamat
ARROW untuk memindahkan panggilan ke set kepala.
Aktifkan dailan suara*
-
Tekan butang jawab/tamat. Untuk hasil terbaik, rekod tag dailan
suara melalui alat dengar anda. Sila rujuk manual pengguna
telefon anda untuk mendapatkan maklumat selanjutnya
mengenai menggunakan ciri ini.
Panggilan menunggu dan membuat panggilan tunda*
- Ini kemudiannya membolehkan anda menundakan panggilan
semasa perbualan dan menjawab panggilan yang menunggu.
- Tekan butang jawab/tamat sekali untuk menundakan panggilan
aktif dan menjawab panggilan menunggu.
- Tekan butang jawab/tamat untuk beralih di antara kedua-dua
panggilan.
- Ketuk butang jawab/tamat untuk menamatkan perbualan aktif.
Mendail semula nombor terakhir*
-
Ketik butang jawab/tamat dua kali semasa set kepala dihidupkan
dan telefon tidak digunakan.
Kawalan Kelantangan
- Jabra ARROW melaraskan kelantangan secara automatik
mengikut paras hingar latar belakang dan audio masuk untuk
mendapatkan paras kelantangan pembesar suara yang sesuai.
Jika anda hendak melaraskan kelantangan secara manual,
sila gunakan kawalan kelantangan pada telefon*.
* Bergantung kepada telefon