768677
54
Zoom out
Zoom in
Vorherige Seite
1/59
Nächste Seite
107106 instruction manual Joolz Geo2 expandable set
ms
BAHASA MELAYU
PENTING: SILA BACA ARAHAN INI DENGAN TELITI SEBELUM PENGGUNAAN DAN
SIMPAN ARAHAN INI UNTUK RUJUKAN PADA MASA HADAPAN.
AMARAN
AMARAN
HANYA UNTUK KOT JOOLZ GEO²
+Jangan tinggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan.
+Pastikan kesemua peranti pengunci dipasang
sebelum digunakan.
+Bagi mengelakkan kecederaan, pastikan kanak-kanak
berada jauh semasa membuka dan melipat produk ini.
+Jangan bia rkan kanak-kanak bermain dengan produk ini.
+Unit tempat duduk Joolz Geo² tidak sesuai untuk
kanak-kanak berumur 6 bulan ke bawah.
+Sentiasa gunakan sistem halangan.
+Periksa kot, tempat duduk, atau unit peranti
pemasangan tempat duduk dipasangkan dengan
betul sebelum digunakan.
+Produk ini tidak sesuai untuk tujuan berlari atau meluncur.
+Kot dan unit tempat duduk Joolz Geo² hanya
bersesuaian dengan casis Joolz Geo² dan begitu
juga sebaliknya.
+Jangan gunakan sebarang tilam tambahan.
+Sebarang beban yang ditambah pada bahagian
sisi dan/atau bar hendal kereta sorong bayi Joolz
Geo² boleh menjejaskan kestabilannya.
+Kot atau unit tempat duduk Joolz Geo² setiap satunya
hanya boleh membawa seorang penumpang.
+Hanya gunakan tempat duduk badan, tempat duduk
kereta, dan alat ganti dan aksesori yang disahkan
oleh Joolz.
+Bagi tempat duduk kereta berhubung dengan casis
Joolz Geo², kenderaan ini tidak menggantikan
fungsi kot atau tilam Sekiranya kanak-kanak mahu
tidur, mereka harus ditempatkan di dalam badan
kereta sorong bayi, kot atau katil Joolz Geo².
+Jangan gunakan kereta sorong bayi sekiranya terdapat
mana-mana bahagian yang rosak, koyak atau hilang.
+Sentiasa gunakan pengunci swivel pada roda hadapan
semasa melipat kereta sorong bayi. Kegagalan berbuat
demikian akan mengakibatkan halangan pada tayar,
yang membawa kepada kerosakan, terutamanya
dalam persekitaran yang panas.
+Brek harus sentiasa dipasangkan semasa meletak
dan mengalihkan kanak-kanak.
+Aksesori yang tidak dibekalkan oleh Joolz tidak
seharusnya digunakan.
+Hanya alat ganti yang dibekalkan atau disyorkan
oleh Joolz seharusnya digunakan.
+Tempat duduk ini dikhususkan untuk kanak-kanak
berumur dari 6 bulan, sehingga berat maksimum 15 kg.
+ Berat maksimum bakul beli-belah adalah 10 kg.
+Kot Joolz Geo² sesuai untuk kanak-kanak yang
tidak boleh bangun sendiri, bergolek dan tidak boleh
merangkak menggunakan tangan dan lututnya. Berat
maksimum kanak-kanak: 9 kg.
+Produk ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang
tidak boleh bangun tanpa bantuan.
+Hanya gunakan pada permukaan yang kukuh,
mendatar dan kering.
+Jangan biarkan kanak-kanak lain bermain
berhampiran kot pembawa.
+Jangan gunakan sekiranya terdapat mana-mana
bahagian kot pembawa yang rosak, koyak atau hilang.
+Hindarkan Joolz Geo² dari api terbuka dan sumber
haba yang lain, seperti bar pemanas elektrik, api
gas, dan lain-lain.
+hendal dan bahagian bawah kot pembawa perlu
diperiksa secara berkala bagi sebarang tanda
kerosakan dan kehausan.
+Sentiasa pastikan bar bampar dipasangkan
dengan betul pada kot/unit tempat duduk sebelum
digunakan.
+Kepala kanak-kanak di dalam kot pembawa tidak
sepatutnya berada lebih rendah dari tubuh kanak-
kanak tersebut.
+Jangan letakkan tilam tambahan di atas tilam yang
dibekalkan oleh Joolz.
PENYELENGGARAAN / ARAHAN
CUCIAN
Cuci fabrik dengan air suam dan sabun. Bilas dengan
air bersih dan biarkan kering. Jangan gunakan
peluntur atau detergen kimia yang lain. Secara
berkala (lebih kurang sebulan sekali), rawat roda dan
bahagian besi dengan semburan Teflon atau silikon
bagi memastikan kereta sorong bayi kekal bergerak
dengan lancar.
Bahagian aluminium kereta sorong bayi Joolz Geo²
anda dianodkan supaya terlindung dari pengaruh
luaran seperti kakisan. Bahagian aluminium teranod
mudah dijejaskan oleh pencuci berasid atau gris,
yang boleh menyebabkan kotoran dan pelunturan
warna pada bahagian aluminium. Justeru, kami
menasihatkan anda untuk membersihkan bahagian
aluminium kereta sorong bayi anda dengan air suam
dan kain lembut
WARANTI
Joolz menawarkan jaminan seumur hidup pada Joolz
Geo². Waranti meliputi semua bahan dan kesalahan
pembuatan, tetapi tidak termasuk penukaran atau
pemulangan produk. Untuk layak mendapat waranti
seumur hidup, anda hanya perlu mendaftar kereta
tolak bayi Joolz milik anda di register.joolz.com dalam
tempoh enam bulan dari pembelian dan simpan bukti
asal pembelian termasuk tarikh pembelian. Jika anda
tidak mendaftar kereta tolak bayi Joolz milik anda
dalam tempoh enam bulan selepas pembelian, anda
akan menerima waranti dua tahun.
Waranti ini hanya sah sekiranya anda membekalkan
item yang berikut kepada penjual anda bersama-sama
dengan produk yang cacat:
1) sijil waranti milik anda,
2) sebarang bentuk pengenalan diri,
3) satu salinan resit pembelian (termasuk tarikh
pembelian),
4) penerangan terperinci tentang kecacatan.
Anda akan menerima sijil waranti selepas anda
mendaftar kereta tolak bayi Joolz milik anda di laman
web kami register.joolz.com.
Sekiranya penjual anda tidak boleh membantu anda
tentang aduan anda, hubungi Joolz. Sila ambil
perhatian, sebarang kerja pembaikan tidak akan
melanjutkan tempoh waranti.
WARANTI TIDAK MELIPUTI:
1) Kerosakan yang disebabkan oleh haus dan lusuh
yang biasa, seperti roda yang sudah haus dan
fabrik koyak disebabkan kegunaan harian, calar
pada bahagian aluminium dan/atau logam dan
penyahwarnaan semula jadi bahan-bahan dari
semasa ke semasa atau kerana tidak mengikut
arahan penyelenggaraan.
2) Kerosakan pada roda seperti lubang atau koyak.
3) Kerosakan disebabkan kemalangan, penggunaan
yang tidak betul, kecuaian, kebakaran, terkena
cecair atau punca luaran yang lain.
4) Kerosakan disebabkan ketidakpatuhan pada
manual arahan, video arahan atau garis panduan
Joolz yang lain.
5) Kerosakan yang disebabkan oleh produk lain,
termasuk aksesori.
6) Kerosakan disebabkan oleh servis atau pembaikan
oleh wakil Joolz yang tidak rasmi.
7) Kecurian.
8) Kerosakan disebabkan pengangkutan udara atau
pengangkutan darat.
Keselamatan adalah perkara yang telah diberikan
pertimbangan penting sepanjang pembangunan kereta
sorong bayi dan kot Joolz Geo². Oleh itu, produk
kami memenuhi piawaian keselamatan berikut:
Eropah: EN 1888:2012 / EN 1466:2014/AC: 2015
Amerika Syarikat: ASTM F833-15 / ASTM F2050-16
Kanada: SOR/2016-167
Australia: AS/NZS 2088:2013
Sila layari joolz.com, facebook.com/myjoolz atau
hubungi penjual anda untuk sebarang soalan dan/
atau komen.
54

Brauchen Sie Hilfe? Stellen Sie Ihre Frage.

Forenregeln

Missbrauch melden von Frage und/oder Antwort

Libble nimmt den Missbrauch seiner Dienste sehr ernst. Wir setzen uns dafür ein, derartige Missbrauchsfälle gemäß den Gesetzen Ihres Heimatlandes zu behandeln. Wenn Sie eine Meldung übermitteln, überprüfen wir Ihre Informationen und ergreifen entsprechende Maßnahmen. Wir melden uns nur dann wieder bei Ihnen, wenn wir weitere Einzelheiten wissen müssen oder weitere Informationen für Sie haben.

Art des Missbrauchs:

Zum Beispiel antisemitische Inhalte, rassistische Inhalte oder Material, das zu einer Gewalttat führen könnte.

Beispielsweise eine Kreditkartennummer, persönliche Identifikationsnummer oder unveröffentlichte Privatadresse. Beachten Sie, dass E-Mail-Adressen und der vollständige Name nicht als private Informationen angesehen werden.

Forenregeln

Um zu sinnvolle Fragen zu kommen halten Sie sich bitte an folgende Spielregeln:

Neu registrieren

Registrieren auf E - Mails für Joolz Geo 2 expandable set wenn:


Sie erhalten eine E-Mail, um sich für eine oder beide Optionen anzumelden.


Das Handbuch wird per E-Mail gesendet. Überprüfen Sie ihre E-Mail.

Wenn Sie innerhalb von 15 Minuten keine E-Mail mit dem Handbuch erhalten haben, kann es sein, dass Sie eine falsche E-Mail-Adresse eingegeben haben oder dass Ihr ISP eine maximale Größe eingestellt hat, um E-Mails zu erhalten, die kleiner als die Größe des Handbuchs sind.

Ihre Frage wurde zu diesem Forum hinzugefügt

Möchten Sie eine E-Mail erhalten, wenn neue Antworten und Fragen veröffentlicht werden? Geben Sie bitte Ihre Email-Adresse ein.



Info