4 Jika lampu pandu kuning jingga tidak menyala selepas anda
menggerakkan seterika, plat tapak masih berada pada suhu yang
betul dan seterika sedia untuk digunakan.
Pembersihan dan penyenggaraan
Fungsi Pembersihan Kerak
◗ Anda boleh menggunakan fungsi pembersihan kerak untuk
menanggalkan kerak dan kotoran yang lain.
Gunakan fungsi Pembersihan-Kerak sekali setiap dua minggu. Jika air di
kawasan anda sangat liat (contohnya apabila emping keluar dari tapak
seterika semasa menyeterika), fungsi Pembersihan Kerak harus
digunakan dengan lebih kerap.
1 Tetapkan kawalan stim ke kedudukan O.
2 Isikan tangki air sampai paras maksimum.
Jangan tuangkan cuka atau agen penanggal kerak yang lain ke dalam
tangki air.
3 Tetapkan suhu tombol pada MAX.
4 Masukkan plag ke dalam soket dinding yang dibumikan.
5 Cabut plag seterika apabila lampu suhu padam.
C
6 Pegang seterika di atas singki dan setkan kawalan stim pada
Pembersihan-Kerak (1). Kawalan stim akan terkeluar sedikit.
C
7 Tarik kawalan stim jauh sedikit ke atas dan gerakkan seterika ke
depan dan ke belakang dengan perlahan.
B
Stim dan air yang mendidih akan keluar dari tapak plat. Kekotoran dan
kerak air (jika ada) akan mengalir keluar.
C
8 Tarik keluar kawalan stim dari seterika, Gunakan cuka untuk
mengeluarkan emping, jika ada, dari jarumnya.
Jangan bengkokkan atau rosakkan jarum kawalan stim.
BAHASA MELAYU20