BAHASA MELAYU20
Pengenalan
Perkakas ini dipasangkan dengan sebuah peranti
perlindungan motor yang akan SWITCH OFF
(dimatikan) sekiranya motor tersekat (mungkin
akan berlaku semasa kerja-kerja pemprosan berat
atau jika perkakas tidak digunakan mengikut
arahan-arahan). Jika ini berlaku, SWITCH OFF
(matikan) dan UNPLUG (cabut plag) perkakas
dahulu, kemudian periksa sama ada kuantiti bahan
yang diproses melebihi kuantiti yang disarankan di
dalam arahan penggunaan, atau sekiranya ada
sesuatu yang menyekat bilah-bilah perkakas.
Kemudian tekan butang di bahagian bawah
perkakas dan teruskan pemprosesan. Kami
menasihatkan anda untuk membahagikan kuantiti
yang besar untuk diproses dalam kelompok-
kelompok yang lebih kecil. JANGAN melebihi
masa memproses yang dinyatakan dalam arahan
penggunaan semasa memproses satu kelompok.
Notis keselamatan
Sentiasa tarik keluar plag alat ini dari punca utama
sebelum memasang, menanggal atau membetulkan
sebarang aksesorinya.
Jaga supaya alat di luar jangkauan anak-anak.
Motor alat ini akan hanya hidup sekiranya balang
pengisar atau alat pengisar tambahan ini telah
dipasangkan dengan betul ke unit motor
.Pastikan unit mata pisau dikuncikan dengan betul
ke bikar alat pengisar ini sebelum anda
menskrukan alat pengisar tambahan ke unit motor.
Jangan sekali-kali sentuh unit mata pisau apabila