450367
121
Zoom out
Zoom in
Vorherige Seite
1/232
Nächste Seite
121

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat berkenaan ciri-ciri pencukur ini serta beberapa petua untuk membuatkan
pencukuran lebih mudah dan lebih menyeronokkan.

Pencukur (RQ1180/RQ1160/RQ1150)
Perapi
Tukup perlindungan
Unit pencukuran
Pencukur
Butang hidup/mati pencukur
Paparan
Pengecas
Sistem Pembersih Jet (jenis tertentu sahaja)
Pemegang pencukur
Simbol ‘Ruang pembersihan kosong’
Simbol pembersihan
Simbol pengeringan
Butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet
Butang pelepas ruang pembersihan
Berus pembersih
Cecair pembersih
Pau (untuk jenis tertentu sahaja)
Penyesuai

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Nota: Dalam manual pengguna ini, istilah ‘perkakas’ merujuk kepada pencukur dan Sistem Pembersih Jet. Jika pencukur anda tidak dibekalkan
bersama Sistem Pembersih Jet, ia merujuk kepada pencukur sahaja.


- Pastikan penyesuai tidak menjadi basah (Gamb. 2).

- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan mengakibatkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan perkakas. Anda hendaklah memastikan bahawa air tidak terlalu panas, untuk
mengelakkan tangan anda daripada melecur.

- Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet dan pengecasnya di dalam air ataupun membilasnya di bawah paip.
- Perkakas dan aksesorinya tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Anda hendaklah memastikan bahawa perkakas diletakkan di atas permukaan yang tahan cecair.
- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.
- Hanya gunakan aksesori yang dibekalkan.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat yang tidak melebihi 24 volt.
- Jangan gunakan perkakas jika ia rosak.
- Jika penyesuai atau sebarang aksesori lain rosak, pastikan bahawa anda menggantinya dengan jenis yang asli bagi mengelakkan bahaya.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya
kerana semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di dalam pencukur.


- Hanya gunakan Sistem Pembersih Jet dengan cecair pembersih HQ200 yang asli.
- Anda hendaklah setiap kali meletakkan Sistem Pembersih Jet di atas permukaan yang stabil, rata dan datar untuk mengelakkan kebocoran.
- Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet di dalam air.
- Kosongkan dan bersihkan ruang pembersihan dengan menyeluruh dengan membilasnya dengan air paip yang panas setiap 15 hari.
- Sistem Pembersih Jet membersih dengan menyeluruh tetapi tidak akan menyahkuman pencukur anda, oleh itu jangan kongsi pencukur anda
dengan orang lain.
- Ruang pembersihan Sistem Pembersih Jet tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Apabila Sistem Pembersih Jet telah sedia untuk digunakan, jangan alihkannya untuk mengelakkan kebocoran cecair pembersih.

- Pencukur ini mematuhi kelulusan antarabangsa dengan keselamatan pengawalan dan boleh digunakan dengan selamat semasa mandi atau
mandi hujan dan membersihkan bawah pili air (Gamb. 3).
- Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul dan
mengikut arahan dalam buku kecil maklumat penting ini dan dalam buku kecil maklumat penggunaan yang dibekalkan bersama pencukur,
perkakas ini selamat untuk digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.

121

Brauchen Sie Hilfe? Stellen Sie Ihre Frage.

Forenregeln

Missbrauch melden von Frage und/oder Antwort

Libble nimmt den Missbrauch seiner Dienste sehr ernst. Wir setzen uns dafür ein, derartige Missbrauchsfälle gemäß den Gesetzen Ihres Heimatlandes zu behandeln. Wenn Sie eine Meldung übermitteln, überprüfen wir Ihre Informationen und ergreifen entsprechende Maßnahmen. Wir melden uns nur dann wieder bei Ihnen, wenn wir weitere Einzelheiten wissen müssen oder weitere Informationen für Sie haben.

Art des Missbrauchs:

Zum Beispiel antisemitische Inhalte, rassistische Inhalte oder Material, das zu einer Gewalttat führen könnte.

Beispielsweise eine Kreditkartennummer, persönliche Identifikationsnummer oder unveröffentlichte Privatadresse. Beachten Sie, dass E-Mail-Adressen und der vollständige Name nicht als private Informationen angesehen werden.

Forenregeln

Um zu sinnvolle Fragen zu kommen halten Sie sich bitte an folgende Spielregeln:

Neu registrieren

Registrieren auf E - Mails für Philips RQ 1160 wenn:


Sie erhalten eine E-Mail, um sich für eine oder beide Optionen anzumelden.


Das Handbuch wird per E-Mail gesendet. Überprüfen Sie ihre E-Mail.

Wenn Sie innerhalb von 15 Minuten keine E-Mail mit dem Handbuch erhalten haben, kann es sein, dass Sie eine falsche E-Mail-Adresse eingegeben haben oder dass Ihr ISP eine maximale Größe eingestellt hat, um E-Mails zu erhalten, die kleiner als die Größe des Handbuchs sind.

Ihre Frage wurde zu diesem Forum hinzugefügt

Möchten Sie eine E-Mail erhalten, wenn neue Antworten und Fragen veröffentlicht werden? Geben Sie bitte Ihre Email-Adresse ein.



Info