816137
49
Zoom out
Zoom in
Vorherige Seite
1/73
Nächste Seite
9594
1. Keluarkan semua pembungkus, pelekat atau aksesori dari bahagian dalam dan luar cerek .
2. Selaraskan kepanjangan kord dengan menggulungnya ke bawah tapak. Sendalkan kord ke
dalam takuk. (gambarajah 1)
Masak air dan buang untuk dua tiga kali terlebih dulu kerana ia mungkin mengandungi debu.
Basuh cerek.
PENGGUNAAN
SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN BUAT PERTAMA KALI
1. UNTUK MEMBUKA PENUTUP, MENGIKUT MODEL
Tekan pada sistem kunci dan penutup akan terangkat secara automatik. (gambarajah 2)
Untuk tutup, tekan penutup ke bawah dengan kukuh.
2. LETAKKAN TAPAK PADA PERMUKAAN YANG RATA, STABIL DAN TAHAN HABA, JAUH
DARIPADA PERCIKAN AIR ATAU SEBARANG SUMBER HABA.
Cerek hanya digunakan dengan asas yang diberikan.
3. ISI CEREK DENGAN AIR SETAKAT YANG DIKEHENDAKI. (gambarajah 3)
Jangan sesekali mengisi air ke dalam cerek ketika ia masih berada di tapaknya.
Jangan isi lebih dari tahap maksimum, atau kurang daripada tahap minima. Jika cerek
terlampau penuh, air yang mendidih mungkin tertumpah.
Jangan menggunakannya tanpa berisi air.
Pastikan bahawa penutupnya ditutup dengan betul sebelum digunakan.
4. LETAKKAN CEREK PADA TAPAKNYA. PASANG PALAMNYA KE SOKET UTAMA.
5. MENGHIDUPKAN CEREK
Apabila cerek diletakkan atas asas, semua lampu akan menyala. Suhu air dalam cerek akan
dipapar pada skrin.
UNTUK MEMANASKAN AIR:
2 pilihan:
Jika anda ingin memulakan pusingan mendidih, tekan butang
100°C muncul secara terus pada skrin, cerek berbunyi bip dan mula memanaskan air.
Cerek berbunyi bip dua kali setelah suhu air mencapai 100°C.
Jika anda mahu memilih suhu – 5 tetapan yang boleh dilakukan: 40°C – 70°C – 80°C – 90°C
– 100°C – tekan kekunci sehingga ia memaparkan suhu yang anda mahu pilih. Suhu yang
dipilih berkelip dua kali, kemudian kekal. Cerek berbunyi bip dan cerek mula memanaskan air.
Anda boleh memantau suhu langsung air pada skrin.
Setelah suhu yang dipilih dicapai, cerek berbunyi dua kali dan berhenti memanaskan.
MOD KEKAL PANAS
Anda boleh menggunakan mod kekal panas untuk mengekalkan suhu air pada suhu yang dipilih
selama 30 minit.
Setelah suhu dipilih, tekan lama pada akan mengaktifkan mod kekal panas
Logo kelihatan pada bahagian atas skrin.
Anda juga boleh memulakan mod kekal panas setelah suhu dicapai. Tekan lama pada kekunci .
Logo akan kelihatan pada bahagian atas skrin.
Jika anda mahu mematikan mod kekal panas, tekan sahaja kekunci .
SILA AMBIL PERHATIAN
Tekan lama akan mengaktifkan kekal panas sahaja jika anda meneka butang kurang daripada 25
saat selepas berakhirnya kitaran pendidihan, jika tidak skrin akan mati.
Suhu yang dipilih awal ditetapkan untuk kegunaan produk di bawah altitud 4000m. Di atas
altitud ini, suhu maksimum yang dipaparkan di penghujung kitaran pada produk akan menjadi
suhu pendidihan yang sepadan dengan altitud penggunaan.
Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi piawaian dan peraturan-peraturan (Arahan
mengenai Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik, Bahan dalam hubungan bersama artikel
makanan, Alam sekitar, dan lain-lain.).
Hanya pasang peralatan kepada soket utama berbumi. Semak yang kuasa voltan dipaparkan
pada piring penarafan pada peralatan sepadan dengan pemasangan elektrik anda.
Sebarang kesilapan sambungan akan membatalkan jaminan anda.
Jaminan tidak meliputi cerek yang gagal beroperasi atau beroperasi teruk kerana gagal untuk
menanggalkan kerak secara kerap.
Jangan biarkan kord kuasa tergantung di mana kanak-kanak mungkin mencapainya.
Jangan tanggalkan palam dengan menarik kord kuasa.
Selain dari pencucian biasa dan penyelenggaraan oleh pelanggan perlu dilakukan oleh Pusat
Perkhidmatan Diluluskan.
Cuma guna cerek anda untuk mendidihkan air minuman.
Semua peralatan adalah tertakluk kepada prosedur kawalan kualiti yang ketat. Ini termasuk
ujian kegunaan sebenar pada peralatan pilihan secara rawak, yang menerangakan sebarang
tanda penggunaan.
Jangan sesekali gunakan pad penyental untuk tujuan pembersihan.
Untuk mengeluarkan penapis* karat, alihkan cerek dari tapaknya dan biarkannya sejuk. Jangan
mengeluarkan penapis ketika peralatan berisi air panas.
Jangan menggunakan kaedah lain untuk membersihkan kerak karat daripada cerek selain
daripada kaedah yang disyorkan.
Pastikan cerek dan kord kuasa jauh dari sebarang sumber kepanasan, dari sebarang basahan
atau permukaan licin dan jauh dari permukaan tajam.
Jangan guna peralatan di bilik air atau hampir pada sumber air.
Jangan guna cerek bila tangan atau kaki anda adalah basah.
Sentiasa menanggalkan palam kord kuasa dengan segera jika awak melihat sebarang
kejanggalan semasa operasi.
Jangan tarik kord kuasa untuk mengalihkannya dari soket di dinding.
Sentiasa berwaspada semasa peralatan dihidupkan, dan khususnya berhati-hati pada stim
yang keluar dari muncung yang mana ia sangat panas.
Jangan tinggalkan kord kuasa tergantung dari meja atau kaunter dapur untuk mengelakkan
bahaya terjatuh ke atas lantai.
Jangan sentuh penapis atau penutup bila air sedang mendidih.
Juga berhati-hati kerana badan cerek keluli tahan karat menjadi sangat panas semasa
beroperasi. Cuma sentuh pemegang cerek.
Jangan alihkan cerek bila ia sedang beroperasi.
Lindungi peralatan dari keadaan lembap dan beku.
Sentiasa guna penapis* semasa kitaran pemanasan.
Jangan panaskan cerek bila ia kosong.
Letakkan cerek dan kord kuasa dengan baik di belakang permukaan kerja.
Jaminan meliputi kecacatan pengeluaran dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang
kebocoran atau kerosakan akibat dari kegagalan untuk mematuhi dengan arahan penggunaan
adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
* : bergantung pada model
AMARAN: Terdapat sisa-sisa haba pada permukaan elemen
pemanasan selepas digunakan.
Pastikan hanya menggunakan pemegang semasa pemanasan
sehinggalah ia menyejuk.
Perkakas anda dimaksudkan untuk kegunaan domestik di dalam
rumah sahaja pada altitud di bawah 4000m.
MS
49

Brauchen Sie Hilfe? Stellen Sie Ihre Frage.

Forenregeln

Missbrauch melden von Frage und/oder Antwort

Libble nimmt den Missbrauch seiner Dienste sehr ernst. Wir setzen uns dafür ein, derartige Missbrauchsfälle gemäß den Gesetzen Ihres Heimatlandes zu behandeln. Wenn Sie eine Meldung übermitteln, überprüfen wir Ihre Informationen und ergreifen entsprechende Maßnahmen. Wir melden uns nur dann wieder bei Ihnen, wenn wir weitere Einzelheiten wissen müssen oder weitere Informationen für Sie haben.

Art des Missbrauchs:

Zum Beispiel antisemitische Inhalte, rassistische Inhalte oder Material, das zu einer Gewalttat führen könnte.

Beispielsweise eine Kreditkartennummer, persönliche Identifikationsnummer oder unveröffentlichte Privatadresse. Beachten Sie, dass E-Mail-Adressen und der vollständige Name nicht als private Informationen angesehen werden.

Forenregeln

Um zu sinnvolle Fragen zu kommen halten Sie sich bitte an folgende Spielregeln:

Neu registrieren

Registrieren auf E - Mails für Tefal KO8508 wenn:


Sie erhalten eine E-Mail, um sich für eine oder beide Optionen anzumelden.


Das Handbuch wird per E-Mail gesendet. Überprüfen Sie ihre E-Mail.

Wenn Sie innerhalb von 15 Minuten keine E-Mail mit dem Handbuch erhalten haben, kann es sein, dass Sie eine falsche E-Mail-Adresse eingegeben haben oder dass Ihr ISP eine maximale Größe eingestellt hat, um E-Mails zu erhalten, die kleiner als die Größe des Handbuchs sind.

Ihre Frage wurde zu diesem Forum hinzugefügt

Möchten Sie eine E-Mail erhalten, wenn neue Antworten und Fragen veröffentlicht werden? Geben Sie bitte Ihre Email-Adresse ein.



Info