34
Saranan untuk mendapatkan
hasil terbaik apabila memasak nasi
• Sukat beras dan bilas hingga bersih di bawah air yang
mengalir dalam penapis (kecuali beras risotto yang tidak
perlu dibilas). Kemudian masukkan beras ke dalam mangkuk
terlebih dulu dan isikannya dengan kuantiti air yang
bersesuaian.
• Pastikan beras diratakan sepenuhnya di atas permukaan
mangkuk untuk masakan yang sekata.
• Tambah garam mengikut rasa.
• Air boleh diganti dengan stok. Jika menggunakan stok,
berkemungkinan nasi di bahagian bawah mangkuk akan
menjadi sedikit perang.
•
Jangan buka penutup semasa memasak kerana wap akan keluar
dan akan mengganggu masa memasak dan rasa masakan.
•
Setelah selesai memasak, apabila lampu penunjuk “KEKAL PANAS”
menyala, kacau nasi dan biarkan di dalam periuk untuk beberapa
minit lagi untuk memperolehi biji-biji nasi yang sempurna.
Mengukus (untuk sayuran, ikan dan sebagainya)
Menyukat bahan-bahan
• Kuantiti air yang maksimum di dalam mangkuk tidak
boleh melebihi paras maksimum “CAWAN” yang ditanda pada
mangkuk –
Fig.7. Melebihi paras ini mungkin mengakibatkan
limpahan semasa penggunaan.
• Paras air sepatutnya lebih rendah daripada bakul kukusan
–
Fig.11.
Penyediaan
• Masukkan air ke dalam mangkuk.
• Letakkan bakul kukusan ke dalam mangkuk –
Fig.10.
• Tambahkan ramuan ke dalam bakul stim. Pastikan ia tidak
terlalu padat dan beberapa lubang stim masih terbuka, jika
tidak makanan mungkin tidak masak dengan rata.
• Tutup tudung.
Untuk mengukus
• Tekan suis kawalan ke bawah, penunjuk memasak berwarna
merah akan menyala menunjukkan proses memasak telah
bermula –
Fig.8.
•
Anda perlu mengubahsuai masa memasak mengikut keperluan
anda, cuma tolak suis kawalan ke atas ke kedudukan teratas untuk
menamatkan proses memasak. Lampu penunjuk hijau “KEKAL
PANAS” menyala dan peralatan bertukar kepada fungsi kekal panas.
• Jikalau air dalam mangkuk sudah habis, ia akan tukar ke “kekal