36
3 • Membersihkan penapis mikro (18b)
PENTING: bersihkan penapis mikro setiap 6 bulan.
- Tekan butang pelepas penutup (rjh 21). Sengetkan sedikit penutup ke belakang (rjh 22).
- Keluarkan kaset penapisan (18) kemudian asingkan penapis busa hitam (18a) dari penapis mikro (18b)(rjh 25).
- Basuh penapis mikro (rjh..26). Biarkannya kering untuk sekurang-kurangnya 12 jam sebelum memasangnya se-
mula.
PERHATIAN: biarkan penapis mikro kering sepenuhnya dan pastikan ia betul-betul kering sebelum mema
-
sangnya semula pada peralatan.
- Pasangkan penapis busa hitam kembali dan tutup penutup itu.
PERHATIAN: peralatan anda dilengkapi dengan sistem keselamatan (19) untuk mengesan kaset penapisan:
penutup tidak boleh ditutup jika kaset penapisan tidak terpasang dengan betul ((18a+18b).
Kaset penapisan ruj. RS-RT3732 (18a boleh diperolehi dari kedai atau Pusat Servis Bertauliah.
PENTING: jika peralatan tidak berfungsi seperti biasa setelah membersihkan penapis busa hitam dan pe-
napis mikro pada pembersih hampagas, bersihkan penapis HEPA.
4 • Membersihakn penapis HEPA* RS-RT3846* (17a)
- jJika perlu, keluarkan penyokong aksesori (30)* kemudian letakkan pembersih hampagas dalam kedudukan me-
negak (Rjh 27).
- Buka hac penapis HEPA (Rjh 28).
- Keluarkan penapis HEPA dari selongsongnya (rjh 29). Bersihkan penapis HEPA dengan mengetuknya perlahan-
lahan ke dalam tong sampah (rjh 30).
- Pasangkan kembali ke dalam selongsongnya (Rjh 32).
- Pasangkan hac kembali sehingga anda dengan bunyi klik menandakan dia telah ditutup.
PENTING: gantikan penapis HEPA setiap 12 bulan. Penapis HEPA boleh didapati dari penjual anda atau
Pusat Servis Bertauliah.
5 • Basuh penapis HEPA yang boleh dibasuh * ruj RS-RT3733* (17b)
Penting: hanya penapis HEPA ruj RS-RT3733* perlu dibasuh.
- Jika perlu keluarkan penyokong aksesori (30)* kemudian letakkan pembersih hampagas dalam kedudukan me-
negak (Rjh 27).
- Buka hac akses penapis HEPA (Rjh 28).
- Keluarkan penapis HEPA dari kompartmennya (rjh 29).
- Ketuk penapis HEPA perlahan-lahan semasa memegangnya di atas bekas sampah (Rjh 30), kemudian pegangnya
di bawah air yang mengalir dan biarkannya mengering selama sekurang-kurangnya 24 jam (Rjh 31) (pastikan pe-
napis betul-betul kering sebelum pasangkannya kembali di tempatnya)
- Pasangkan balik penapis HEPA ke dalam kompartmen (Rjh 32). Tolak hac balik sehingga anda dengar bunyi klik
menandakan ia telah terkunci.
Penapis HEPA yang boleh dibasuh* ruj RS-RT3733 boleh didapati di kedai atau Pusat Servis Bertauliah.
6 • Membersihkan sistem pengasing udara/habuk (4)
- Keluarkan hos dari pembersih hampagas.
- Buka penutup pembersih hampagas (rjh. 21-22).
- Tekan butang pelepas pengasing (rjh.33) kemudian keluarkan dari sistem pengasingan (rjh 34).
- Keluarkan komparten pengasingan (4c) dengan memutar sedikit ke kiri (rjh 35) kemudian asingkan kedua-dua
komponen (rjh 36).
- Basuh komponen (4a+b dan 4c) di dalam air jernih(fig. 37) dan biarkan kering selama 6 jam..
- Pasangkan semula komponen sistem penapis (4):
- Pasangkan kembali kompartmen pengasingan (4c) pada sistem pengasingan (4a+b) (rjh 38) dengan memutanya
sedikit sehingga anda dengar bunyi klik menandakan ia telah ditutup (rjh. 39).
- Kemudian pasangkan semula seluruh sistem pengasingan (4) di dalam peralatan (rjh 40) dan tutup penutup.
* Berdasarkan model: bahagian-bahagian ini adalah spesifik kepada model tertentu atau merupakan aksesori yang
boleh dibeli secara berasingan.