Pendahuluan
Sila baca arahan ini dengan teliti sebelum
menggunakan alat ini.
Sistem Thermoflow yang unik
Pengering rambut kecantikan Philips yang baru ini
direka khas untuk memenuhi keperluan peribadi
anda. Pengering rambut Thermoprotect ini
mempamerkan ciri Sistem Thermoflow yang
inovatif yang menggunakan lebih banyak udara
tetapi kurang haba. Sistem ini mengeringkan
rambut anda sepantas pengering rambut yang
biasa tanpa mendatangkan risiko penyahhidratan.
Ia mengekalkan tahap kelembapan semula jadi
rambut anda dan menjadikan rambut anda
berkilat, penuh dan lebat seperti yang anda
inginkan. Untuk mendapatkan rambut yang cantik,
anda perlu mengeringkannya, dan bukan
menyahhidratkannya.
Untuk maklumat tambahan mengenai pengering
rambut ini atau sebarang produk kecantikan
Philips, kunjungi laman web kami:
www.philips.com/beauty
Penting
◗ Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada
alat sama dengan voltan pusat setempat
sebelum alat disambung.
◗ Jauhkan alat dari air! Jangan gunakan barang ini
berdekatan dengan air atau di atas air yang
BAHASA MALAYSIA 13